Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah merupakan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas fizikal seseorang yang merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu dari segi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang serta dari segi kemahiran pergerakan motor iaitu motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.
Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang.

1 Murid 1 Sukan

Perkembangan motor kasar dan halus merangkumi kawalan pergerakan yang membantu seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi pergerakan kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan (Hopkins & Butterworth, 1997; Thelen & Smith, 1998).

Aktiviti sukan pada Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS

Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Contohnya, menggunting, menggentel, memicit, memegang dan lain-lain pergerakan yang melibatkan jari. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir. 

Acara sukaneka di Tabika KEMAS Kampung Batu Malim 

Kemahiran menggunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka


Acara memasukkan bola dalam bakul .

Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Contohnya, berjalan, berdiri, merangkak dan sebagainya. 

Acara memasukkan gelung dalam kon .

Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.


Pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti sukan . 

4 Tahun ( Perkembangan motor kasar )

- Berlari dengan laju tanpa jatuh
- Berjalan di atas “beam balance”
- Menendang bola
- Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan
- Berjalan dalam garis lurus
- Berlari dengan lebih lancar
- Lompat dan loncat dengan sebelah kaki
- Menunggang basikal roda tiga
- Menaiki alat memanjat
- Meloncat di atas dua belah kaki
- Bergayut dan bergerak di atas “monkey bar”
- Meloncat pada sebelah kaki 7-9 kali dengan laju dan terkawal
- Melompat dengan menggunakan kaki secara berselang-seli
- Lompat ke atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih jauh.

Murid mendengar arahan daripada cikgu sebelum memulakan aktiviti .

4 Tahun ( Perkembangan motor halus )

- Mengancing dan menanggalkan butang yang besar
- Makan sendiri tanpa bantuan
- Menggunting kertas dengan gunting
- Melukis garis lurus dan bentuk bulat
- Menukar baju tanpa bantuan
- Menggunakan garpu dengan berkesan
- Menggunting mengikut garis
- Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf
- Membaling bola sambil bergerak
- Menyambut bola dengan tangan (atau menangkap bola dengan bantuan dada)
- Menyesuaikan gerak badan semasa membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil
- Memegang krayon kecil

- Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya, dalam bentuk berudu (tadpole figures)


Bergayut pada besi menguatkan daya tangan dan badan murid .

5 Tahun ( Perkembangan motor kasar )

- Berlari dengan laju tanpa jatuh
- Berjalan di atas “beam balance”
- Menendang bola
- Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan
- Berjalan dalam garis lurus
- Berlari dengan lebih lancar
- Lompat dan loncat dengan sebelah kaki
- Berlari sambil menendang bola
- Menyesuaikan badan semasa menyambut bola
- Menunggang basikal roda tiga
- Menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju
- Menunggang basikal dua roda


Murid memberi tumpuan serta berkasut dalam menjaga keselamatan semasa melakukan aktiviti di luar kelas . 

5 Tahun ( Perkembangan motor halus )

- Menukar baju tanpa bantuan
- Menggunakan garpu dengan berkesan
- Menggunting mengikut garis
- Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf
- Mahir memakai baju sendiri
- Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut
- Melukis orang dengan 6 bahagian
- Menulis perkataan yang ringkas
- Kanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-ubah)
- Meniru lukisan segi empat
- Melukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistik
- Dapat menulis huruf-huruf seperti “o”
- Dapat mewarna dalam garisan
- Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah
- Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat


Antara permainan yang terdapat di luar kelas ialah gelonsor .

6 Tahun ( Perkembangan motor kasar )

- Berlari sambil menendang bola
- Menyesuaikan badan semasa menyambut bola
- Menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju
- Menunggang basikal dua roda


Buaian juga antara permainan yang terdapat di sini . 

6 Tahun ( Perkembangan motor halus )

- Mahir memakai baju sendiri
- Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut
- Melukis orang dengan 6 bahagian
- Menulis perkataan yang ringkas
- Kanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-ubah)
- Meniru lukisan segi empat
- Melukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistik
- Dapat menulis huruf-huruf seperti “o”
- Dapat mewarna dalam garisan
- Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah
- Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Bergayut di besi menguatkan daya tahan murid . 

No comments:

Post a Comment