Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan
Kreativiti.
A. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan
aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah
amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak
akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau
berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti
memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan.
Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan
amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan
yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang
usia mereka.
Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif.
Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

B. Perkembangan Kreativiti
Perkembangan kreativti merangkumi seni visual,
pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan
proses daripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkan idea
mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi
kreatif dan apreasiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan
memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi
kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses
menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap
keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama
dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon,
menari dan membuat gerakan secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk
meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif
pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa
digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment