Penjagaan Kesihatan

7 LANGKAH MENCUCI TANGAN YANG BETUL


Mencuci tangan merupakan kebiasaan yang sering kita lakukan dengan tujuan untuk membersihkan kotoran yang melekat pada kulit tangan dengan menggunakan air bersih dan sabun. Kebiasaan ini kita lakukan ketika sebelum makan, sesudah makan, ketika selesai bermain dari luar, setelah membuang sampah, setelah dari kamar kecil, dan kegiatan lainnya yang memerlukan cuci tangan. Mungkin masih banyak yang mencuci tangan ala kadarnya, hanya seperlunya saja tanpa menggunakan sabun. 


 7 langkah mencuci tangan untuk kekal sihat 

Bahkan, ketika bepergian budaya cuci tangan digantikan oleh pemakaian hand sanitizer. Memang pemakaian hand sanitizer ini sah-sah saja bila dalam kondisi darurat tidak ada air dan sabun, asalkan tangan tidak terlalu kotor, namun untuk tangan yang kotor tetap lebih baik dengan mencuci tangan dengan air dan sabun. Air bersih yang digunakan untuk mencuci tangan ialah air bersih yang mengalir dari kran dan sabun yang digunakan bisa sabun antiseptik atau sabun biasa . 


Cikgu memberi penerangan kepada murid mengenai 7 langkah menbasuh tangan yang betul di Tabika KEMAS Kampung Batu Malim .

Perbezaan antara sabun antiseptik dengan sabun biasa yaitu pada sabun antiseptik terdapat kandungan zat bakteri umum seperti Triklosan. Mencuci tangan dengan air mengalir lebih baik dibandingkan mencuci pada wadah yang sudah diisi air, dengan menggunakan air mengalir maka akan meluruhkan kotoran-kotoran yang ada di tangan. Mencuci tangan yang benar merupakan salah satu faktor untuk menjaga kesehatan kita agar terhindar dari beberapa penyakit. Karena sebagian besar kuman penyebab infeksi berasal dari tangan.

Murid menyusun 7 langkah mencuci tangan mengikut kefahaman mereka .

Cikgu memberi penerangan serba sedikit sebelum memulakan praktikal cara membasuh tangan yang betul .

Murid selesai menyusun suai cara membasuh tangan yang betul .


Jururawat membuat demo cara membasuh tangan yang betul kepada murid .


Murid memulakan praktikal dengan apa yang telah diajar oleh cikgu dan jururawat . 


Selesai membasuh tangan murid mengelap tangan mengguna sapu tangan yang dibawa mengikut apa yang telah diajar di Tabika KEMAS Kampung Batu Malim .


PENJAGAAN GIGI SECARA SIHAT


Tips penjagaan gigi kanak-kanak daripada Harian Metro

Menurut Pakar Perunding dan Pensyarah Kanan Pergigian Pediatrik, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alida Mahyuddin, kerosakan gigi susu sering berlaku pada awal usia kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan mereka.


Jom gosok gigi bersama Upin & Ipin 

Namun sekiranya ibu bapa mengawal jumlah pengambilan makanan manis, gigi susu berkenaan akan kekal cantik sehingga diganti gigi kekal.
“Untuk kanak-kanak prasekolah, tidak disyorkan teknik memberus gigi yang tertentu kerana tahap kemahiran motor halus mereka adalah rendah.

“Memadai dengan memastikan semua gigi diberus dengan baik,” katanya yang menasihati ibu bapa supaya memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan kanak-kanak mengawal berus gigi.

Cara memgosok gigi dengan mengikuti langkah seperti di atas . 

Menurutnya, terdapat pelbagai faktor menyebabkan kerosakan gigi. Secara amnya, gigi rosak, berlubang dan berkaries disebabkan bakteria tertentu di dalam mulut yang berupaya menghasilkan asid daripada gula dan karbohidrat yang dimakan.

“Mereka yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri.

“Tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut.


Aktiviti menggosok gigi di Tabika KEMAS Kampung Batu Malim . 

Selain itu, berus gigi dua kali sehari dari waktu tumbuhnya gigi menggunakan air. Bermula daripada umur dua tahun, ibu bapa boleh menggunakan ubat gigi kanak-kanak berflorida. Jangan berkumur, memadai dengan meludah keluar saja ubat gigi.

Berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali membantu mengatasi gigi rosak. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun.

Ini membolehkan doktor gigi memberi nasihat tabiat penjagaan gigi yang betul serta memantau daripada berlakunya kerosakan gigi. Kanak-kanak yang dibawa berjumpa doktor gigi dari awal akan mempunyai tingkah laku positif terhadap rawatan pergigian.

Selepas menggosok gigi murid akan menyimpan semula berus gigi mereka di bekas yang mereka buat sendiri supaya sentiasa kemas , tersusun serta berdisiplin . 



PEMAKANAN SEIMBANG


Diet dan nutrisi makanan untuk kanak-kanak adalah cabaran kepada ibubapa masa kini. Kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai iklan yang menarik. Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.


Jom ubah cara pemakanan kita . 


Jenis-jenis Makanan Utama:

Karbohidrat: Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
Buah-buahan banyak khasiatnya .


Protein: Protin adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.

Piramid pemakanan seimbang


Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).


Cikgu membuat demo cara untuk membuat sandwich kepada murid Tabika KEMAS Kampung Batu Malim .

Panduan Asas :

- Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku

- Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu .


- Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat .



Cikgu menerangkan bahan-bahan yang perlu disediakan untuk digunakan dalam pembuatan sandwich .



Murid memulakan praktikal untuk membuat sendiri sandwich . 



Murid mengaplikasi kemahiran yang diajar oleh cikgu untuk pembuatan sandwich . 



Murid turut belajar untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang . 

No comments:

Post a Comment